icon-search
icon-search

Rambut Gugur Lepas Bersalin (Postpartum Hair Loss)

"Alolo, comelnya dia main air liur, habislah gugur rambut ibunya tu"

Biasakan kita dengar orang kata bila baby start main air liur, menyembur, mengences, rambut ibu gugur.

Adakah itu benar? Atau mitos semata- mata?

Ya & Tidak.

Ya, betul memang majoriti ibu akan mengalami keguguran rambut bila baby start main air liur.

Tidak, bukan air liur baby punca rambut ibu gugur.

Keguguran rambut lepas bersalin biasanya kita panggil Postpartum Hair Loss.

Kenapa ianya terjadi?

Postpartum hair loss adalah salah satu faktor dari Telegon Effluvium. Rambut kita mempunyai fasa- fasa penumbuhannya tersendiri. Bermula dengan fasa anagen, catagen, telegon & berakhir dengan exogen.

Telegon Effluvium bermaksud perubahan mendadak Fasa Catagen rambut bertukar menjadi Fasa Telegon akibat berlaku sesuatu pada badan kita secara drastic.

Contohnya ialah bersalin atau beranak. Ketika mengandung, badan perempuan mempunyai hormon estrogen yang tinggi untuk perkembangan janin. Hormon estrogen yang banyak ini dihasilkan oleh uri/placenta.

Apa yang terjadi ialah apabila perempuan tersebut bersalin/beranak, uri dan placenta juga turut keluar bersama bayi yang baru lahir itu. Maka penghasilan estrogen yang tinggi itu terberhenti secara tiba- tiba.

Perubahan drastik hormon ini menyebabkan Telegon Effluvium. Maka banyak rambut yang masih di fasa menumbuh (catagen) bertukar secara tiba- tiba ke fasa telegon dan berhenti dari menumbuh & memanjang.

Rambut fasa telogen hanya akan kekal dikulit kepala selama 3- 4 bulan saja. Kemudian rambut akan gugur. Dan apa yang jadi ketika bayi berumur 3, 4 bulan?

Ya, baby sedang fasa dia bermain air liur dan mula main menyembur- nyembur. Maka sebab itulah orang kata bila baby start main air liur nanti rambut ibu mula gugur.

Macamana nak kurangkan rambut gugur lepas bersalin ni? 

Baca sini: 5 Tips Kurangkan Rambut Lepas Bersalin.

Perlukan bantuan atau nasihat berkaitan rambut anda?

whatsapp-button.png



Older post Newer post

Your Cart

Your cart is currently empty.

Continue browsing here.